FUNGSI BAHASA

PENGENALAN

           Perjuangan memartabatkan bahasa melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada belengu penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktunya artikel. 152 dalam Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu yang menyebut bahasa kebangsaan Negara ini ialah bahasa melayu. Sebagai bahasa kebangsaan Negara baru yang berdaulat bahasa melayu bertambah peranan atau fungsinya sabagai bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.
         Pemahaman terhadap fungsi bahasa melayu ,akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa melayu. Hal ini akan mendorong anda untuk mempelajari, menghayati, menguasai dan menggunakanya dengan berkesan. Selain itu,anda sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga Terhadap bahasa kebangsaan Negara ini kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan Negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa melayu dapat mewujudkan persefahaman ,pemikiran dan tindak tanduk kita dalam kehidupan seharian.

KONSEP FUNGSI BAHASA MELAYU

1. Bahasa kebangsaan
  • Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah Negara.
2. Bahasa rasmi
  • Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan –urusan rasmi  dan pentadbiran kerajaan.
3. Bahasa perpaduan
  • Bahasa perpaduan ialah satu bahasa yang digunakkan dalam sesebuah negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
4. Bahasa penghantar
  • Bahasa penghantar bahasa yang digunakan di peringkat sekolah rendah hingga peringkat institute tinggi.
5. Bahasa ilmu
  • Bahasa ilmu ialah  bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan Institusi-institusi tinggi.
6. Bahasa komunikasi
  • Bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam  pelbagai bentuk dan situasi.