PROJEK SANTAPAN PAGI (PROGRAM BACAAN)

Matlamat Projek
Meningkatkan kemahiran membaca dan penguasaan pelajar dalam Bahasa Malaysia. Meningkatkan keputusan prestasi Bahasa Malaysia murid tahap 1 dan 2 dalam  ujian dan peperiksaan akhir tahun.

Objektif Projek
Pelaksanaan Projek ini diharap akan dapat menghasilkan
1.      Murid boleh membaca dan menambah perbendaharaan kata.
2.      Murid boleh bina ayat yang mudah dengan struktur yang betul.
3.      Murid dapat minimum C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
4.      Murid dapat berkomunikasi  dalam Bahasa Malaysia.
5.      Murid dapat menunjukkan minat membaca Bahasa Malaysia.

Aktiviti-aktiviti Projek
1.      Bacaan Pagi dari pukul 7.20 pagi-7.40 pagi.
2.      Membina ayat mudah dengan menggunakan perkataan dari keratan akhbar Utusan
   Malaysia dalam kumpulan.
3.      Pertandingan teka bersilang kata.
4.      Pameran Buku Cerita
5.      Membina perkataan.
6.      Spelling bee  ( dalam Bahasa Malaysia)


Anggaran Kos Projek
Jadual menunjukkan anggaran kos keseluruhan projek
Bil
Perkara
Kos (RM)
1
Kertas A4
30.00
2
Utusan Malaysia dan Majalah Kanak-kanak
80.00
3
Hadiah
100.00
4
Buku Cerita
200.00
5
Peralatan
100.00
Jumlah
510.00

Penilaian Projek
Kejayaan projek akan dinilai dengan cara menganalisis
a)      Borang pengeluaran/ Data bacaan
         (Borang akan di akui oleh guru berkenaan)
b)      Peperiksaan Dalaman/ Peperiksaan Akhir Tahun
c)      Kad kemajuan murid (ditandatangani oleh Ibu bapa)
d)      Borang rumusan penilaian.
e)      Borang laporan Perkembangan dan Kemajuan kelas.
f)        Borang Aku janji Murid
g)      Sijil Penghargaan
h)      Borang Rekod lawatan
i)        Borang Pencalonan Murid/senarai nama murid
j)        Borang pengumpulan maklumat
k)      Laporan Post Mortem

        Contoh borang laporan Projek Santapan Pagi 



LAPORAN KESELURUHAN SANTAPAN PAGI
SJK (T) LADANG ATHERTON

1.TARIKH  :  20 JUN 2011 - 31 OKTOBER 2011
2.TEMPAT  :  TAHAP 1 (TAHUN 3) DAN TAHAP 2 (TAHUN 5)
3.PERASMIAN  :  PN .S .AROKIAMARY
4.GURU YANG TERLIBAT  :  SEMUA GURU
5.SASARAN  :  Semua murid Tahap 1 dan 2. Jumlah murid adalah seramai 27 orang.
6. TENTATIF PROGRAM
20.06.2011
1.00 tgh  -  Mengadakan Ujian Bacaan
05.08.2011
7.45 - 8.45 pg  -  Pertandingan Teka Silangkata (tahap 1 dan 2)
12.08. 2011
7.45 – 8.45 pg  -  Membina banyak perkataan (tahap 1 dan 2)
19.08.2011
7.45 – 8.45 pg  -  Permainan Ejaan (Speling Bee) - tahap 1 dan 2
26.08.2011
7.45 – 8.45 pg  -  Permainan tatabahasa (Surat Khabar) - tahap 1 dan 2
09.09.2011
7.45 – 8.45 pg  -  Mencari harta kanun (tahap 1dan 2)
Catatan : Pada setiap  hari  program bacaan  pagi  akan  diadakan. Ia bermula  pada  pukul  7.15 pagi hingga 7.45 pagi
KEKUATAN
  • Membina semangat membaca di kalangan murid sekolah, terutama matapelajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan negara kita.
  • Meningkatkan potensi murid dalam bidang Bahasa Malaysia.
  • Meningkatkan prestasi Bahasa Malaysia di dalam UPSR.
  • Memberi motivasi untuk murid-murid membaca bahasa kebangsaan negara kita.
  • Memfasihkan murid-murid bertutur dalam Bahasa Malaysia. 
  •  Murid-murid dapat mempelajari perkataan yang baru.
  •  Murid-murid dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk membina ayat dan perkataan dengan baik.
  •  Murid-murid mendapat pendedahan mengenai aktiviti ‘MENCARI PERKATAAN DARI PERKATAAN.
  •  Murid-murid menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi.
  • Menarik  minat murid melalui aktiviti Bahasa yang pelbagai.
  •  Membina keyakinan diri serta dapat meningkatkan perbendaharaan kata.

    KELEMAHAN
    ·        Murid – murid tidak dapat mengambil bahagian bersungguh – sungguh semasa sesuatu aktiviti dijalankan kerana tidak mengikut tahap murid.
    ·        Murid – murid yang lemah patut diberi lebih tumpuan semasa program ini dijalankan.
    ·        Murid terlalu bergantung kepada rakan semasa kerja kumpulan.


    ISU – ISU PENAMBAHBAIKKAN
    ·        Aktiviti yang dijalankan harus mengikut tahap murid seperti cemerlang, sederhana dan lemah.
    ·        Murid lemah patut diberi tumpuan yang lebih menarik seperti, bercerita, memberi latihan yang menarik dalam power point.
    ·        Murid- murid juga harus diberi set induksi yang lebih menarik.
    ·        Murid harus diberi latihan individu yang lebih supaya berdikari dan memupuk semangat keyakinan.


    Disediakan  oleh:                                                          Di sahkan oleh:
    -------------------------                                           -------------------------
    (Pn.Sujatha A/P Vaiyapuri )                                      (PN.S.Arokiamary )




Keberkesanan Program Santapan Pagi
Program ini telah dimulai  pada 14/06/2011 hingga 30/10/2011 iaitu selama empat bulan dan 2 minggu. Tempoh  masa yang dijalankan tidak mencukupi  untuk  melihat keberkesanan seperti mana di harapkan. Walaubagaimanapun murid telah menunjukkan minat dan aktif dalam aktiviti yang dianjurkan. 
Pada waktu pagi, program bacaan santapan pagi telah  dijalankan.Program ini telah memupuk amalan membaca dan kemahiran bertutur di kalangan murid SJK T Ladang Atherton. Ia telah meningkatkan penguasaan  perbendaharaan kata ,kemahiran membaca dan menulis di kalangan murid-murid . Murid-murid juga dapat membina ayat yang mudah dengan penggunaan struktur ayat yang betul. Selain itu murid dapat berkomunikasi  dalam Bahasa Malaysia diantara murid dengan guru .  Ia juga dapat meningkatkan minat membaca Bahasa Malaysia dikalangan murid-murid serta mencintai bahasa kebangsaan kita. Murid-murid cuba mendapat minimum C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam ujian lisan dan bacaan. Murid - murid telah menunjukkan penglibatan segara aktif  dalam program ini, terutamanya Program bacaan pagi.
Guru-guru mengharapkan program ini akan diteruskan kerana ada peningkatan dan  kemajuan dalam pencapaian akademik murid. Program ini juga membantu guru bahasa Malaysia menjalankan pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Selain itu, program ini sangatbermanfaat kepada murid-murid pemulihan supaya mudah membaca dan menulis perkataan . Program ini memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan mata pelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan waktu pagi adalah sesuai dan digunakan dengan cara yang terbaik.
       Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program santapan pagi seperti Silangkata, Membina perkataan, pertandingan lebah telah meningkatkan minat pelajar dan memberi kesedaran menguasai Bahasa Malaysia.
  Selain itu,mereka juga tolong- menolong dan berkerjasama antara satu sama lain untuk merebut hadiah yang diberi. Dengan Akhir kata, Program ini harus diteruskan pada setiap masa untuk mencapai dan meningkatkan prestasi akademik dikalangan murid-murid terutamnya murid di luar bandar. 

Penambahbaikan Program Santapan Pagi
Guru mencadangkan murid perlu dikategorikan dalam kumpulan kecil mengikut dengan pencapaian akademik. Terutamanya murid-murid yang lemah perlu diberi tumpuan yang lebih mendalam. Mereka harus diasingkan dan menyediakan bahan bacaan yang bersesuai dengan tahap mereka. Selain itu, guru-guru dan murid-murid perlu lebih disiplin dan menepati masa semasa menjalankan program bacaan pagi. Bahan-bahan bacaan harus disediakan pelbagai ragam dan jenis supaya menarik dan memupuk minat membaca. Terutamya bahan bacaan  menambahkan pengetahuan Am dikalangan murid-murid. Bahan bacaan boleh disediakan dalam berwarna-warni supaya murid seronok membaca .
Guru - guru berminat dengan program ini kerana dapat lihat perubahan dalam prestasi penguasaan Bahasa Malaysia.  Guru-guru berpendapat penguasaan 100% dalam Bahasa Malaysia dapat dicapai jika program ini dapat diteruskan pada setiap tahun . Program ini akan  diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik iaitu dengan menyediakan pelbagai bahan bacaan dan aktiviti yang  menyeronokkan . Aktiviti program ini akan diterapkan dalam Persatuan Bahasa Malaysia iaitu semasa waktu ko - kurikulum.

Risalah Program Santapan Pagi




Aktiviti-aktiviti Projek Santapan Pagi 

Aktiviti-aktiviti Projek Santapan Pagi 

Aktiviti-aktiviti Projek Santapan Pagi 

Aktiviti-aktiviti Projek Santapan Pagi 

Aktiviti-aktiviti Projek Santapan Pagi 

Aktiviti-aktiviti Projek Santapan Pagi